SALAM....SELAMAT DATANG.....

Love iT...can buY iT...

Friday, 3 April 2009

PrODuK PuRELinE


GARAM GUNUNG PURELINE

PURELINE HERBAL TOOTHPASTE
Retail Price:RM8.00 Berat bersih 200g
Ubat Gigi Herba Pureline diperbuat daripada herba mambu, sugi, dan ditambah dengan garam gunung. Ubat Gigi Herba Pureline sesuai untuk kegunaan Muslim, vegetarian dan pengguna yang menitikberatkan kesihatan gigi dan gusi kerana ia tidak mengandungi florida dan kimia merbahaya.
Ubat Gigi Herba Pureline diperbuat daripada sumber semulajadi. Ia tidak mengandungi abu tulang (daripada sumber haiwan) dan dicalcium phosphates (DCP) iaitu sejenis bahan yang diperbuat daripada gelatin haiwan seperti yang terdapat dalam kebanyakkan ubat gigi di pasaran.
Bahan:Cengkih:
Pati minyak cengkih mengandungi anesthetic dan antimikrob yang juga digunakan untuk menghilangkan bau nafas dan mengurangkan kesakitan gigi sensitif. Kompaun utamanya adalah euganol yang digunakan oleh doktor gigi untuk menenangkan saraf gigi.
Mambu
Benih, kulit dan daun mengandungi kompaun yang terbukti mengandungi antiseptic, anti virus, anti radang, anti fungus dan mempunyai kandungan yang meransang imuniti tubuh.
Sugi
Sabda Rasulullah s.a.w. "Jika tiada keberatan bagi umatku, maka aku wajibkan bersiwak sebelum setiap solat".Nama saintifik sugi adalah Salvadora Parcia di mana ia mengandungi kuasa anti bakteria dan astigent. Ia amat sesuai untuk karang gigi.
Garam Gunung
Mengandungi kalsium, mineral dan zat besi untuk menyeimbangkan kadar asiditi dalam mulut dan mengurangi penyakit paradontal, nafas berbau dan gusi berdarah.

PURELINE HABBATUS SAUDA SOAP
Retail Price: RM20.00 /100g
“Tetaplah kamu dengan Al-Habbatussauda ini, kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali As-Sam (Maut).” Riwayat Al Bukhary
Berabad lamanya, Habbatus sauda digunakan secara meluas oleh masyarakat India dan Timur Tengah dan juga di Asia untuk mengubati dan melawan berbagai jenis penyakit. Minyak habbatus sauda atau nama saintifiknya Nigella Sativa amat kaya dengan Essential Fatty Acids (EFA) yang digunakan dalam rawatan kecantikan asli sebagai pelembab dan juga digunakan di dalam urutan kulit kepala dan penjagaan rambut. Ia juga digunakan untuk mengubat pelbagai penyakit kulit seperti eczema dan psoriasis.
Kegunaan:
Dengan menggunakan sabun ini setiap hari akan menghilangkan kekotoran dari permukaan kulit muka. Mengawal masalah jerawat, melembab dn menyerap minyak berlebihan serta menghalang pembentukan bacteria. Ia juga baik untuk urutan kulit kepala dan penjagaan rambut. Menjadikan kulit lebih lembut, cantik dan sihat. Sesuai untuk semua jenis kulit muka, badan dan rambut.
Kandungan: Minyak habbatus sauda tulen

PURELINE FOOTSOAK

Terdapat 2 jenis Foot Soak

1) Normal Pureline Foot Soak RM19.00

2) Aromatherapy Foot Soak RM29.00

Rendaman Kaki Pureline merupakan bahan semulajadi, asli, mempunyai aromaterapi serta normal(tanpa aromaterapi) ia mengandungi bahan anti radang yang dapat membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan kandungan toksin dalam tubuh anda. Ia juga dapat mempercepatkan penyembuhan luka, kesan terbakar, parut dan gigitan serangga. Hasilnya anda dapat berehat sambil mengalami pengalaman yang menakjubkan bersama Rendaman Kaki Pureline[justify]Selepas mandi cuba larutkan 50g Rendaman Kaki Pureline di dalam air suam. Duduk dan berehatlah sambil menikmati kehebatan Rendaman Kaki Pureline. Garam gunung merupakan agen anti radang dan sangat berkesan untuk melegakan keletihan dan kelenguhan pada kaki terutamanya setelah penat memandu atau bekerja. Anda akan berasa lega dan segar kerana garam gunung ini mengandungi bahan mencegah radang dan mengurangkan keletihan pada otot-otot kaki yang lenguh. Kekerapan penggunaan akan mencantikkan kaki selain daripada mengembalikan kesegaran anda.

Berat Bersih: 250 g

PURELINE COOKING SALT
Retail Price:: RM10.00
800 gm/btl
Garam Masak Pureline dapat menghindari pengumpulan Nacl yang merupakan racun jangka panjang dan punca kepada banyak penyakit-penyakit kronik, disyorkan penggunaan Garam Masak Pureline yang merupakan garam gunung semulajadi dari Himalaya dan telah melalui proses iodizing untuk menghasilkan garam yang bermutu tinggi dan berkhasiat. Ia mengandungi mineral dari nutrient-nutrien yang berkhasiat menjadikan makanan lebih lazat dan yang penting anda tidak perlu menambah pengawet makanan tiruan (monosodium glutamate). Mengapa perlu garam beriodin?Zat iodine penting untuk mengelakkan penyakit goiter. Pembengkakkan tiroid adalah tanda-tanda yang utama kesan kekurangan zat iodin. Badan manusia memerlukan zat iodin bagi perkembangan mental dan tumbesaran. Majoriti individu yang mengalami kekurangan zat iodin berisiko terhadap kerosakkan mental yang boleh menyebabkan sistem kekebalan badan lemah untuk melawan penyakit dan tiada keupayaan untuk belajar dan bekerja secara efektif serta kegagalan mendapatkan zuriat.
Kelebihan Garam Masak Pureline:
• Disediakan secara bersih
• Lebih berkhasiat • Melazatkan makanan
• Kaya dengan mineral - terdapat 84 jenis mineral
• Tulen - Diambil dengan cara manual tanpa menggunakan bahan ledakan, agar kualiti bio fisikalnya tidak hilang
• Dapat menguraikan gumpalan sel-sel darah merah.
• Dapat menyeimbangkan tekanan darah
• Dapat meningkatkan kandungan oksigen dalam tubuh.
• Membantu menyelaraskan kelancaran sistem saraf.
• Membawa elemen-elemen yang diperlukan dalam bentuk berbagai cairan dalam tubuh seperti hormon, enzim, “co factor” dan lain-lain.
• Dapat melarutkan endapan kalsium dalam darah.

PURELINE HABBATUS SAUDA BALM

RM 25.00

Untuk melegakan: •Demam selsema•Lebam•Influenza (Selsema) •Terseliuh•Katar atau radang hidung •Tonsil•Bersin yang keterlaluan •Kahak yang berlebihan •Iritasi pada hidung •Sakit kepala •Sakit sendi •Sakit gigi.
Seluruh dunia mengakui keberkesanan Habbatussauda' dalam bidang perubatan.Habbatussauda' telah digunakan dengan meluas di dalam perubatan Ayurvedic dan perubatan tempatan dahulu kala, dari era Acetic (Rishis) sehingga kini kerana nilai perubatannya yang tinggi. Masyarakat Ascetic telah mengamalkan penggunaannya untuk tujuan mengurangkan kesakitan di bahagian tubuh yang berbeza. Penyelidikkan Saintifik telah membuktikan Habbatus sauda' memberi kesan penyembuhan yang menakjubkan.
CARA MENGGUNAKANNYA:
Demam selsema, selsema dan hidung tersumbat: Sapukan Balm Habbatussauda' pada permukaan luar hidung dan dahi. Tuam dengan sehelai kain yang kering dan panas suam.
Katar/radang hidung, bersin yang keterlaluan dan iritasi pada hidung: Sapukan Balm Habbatussauda' pada permukaan luar hidung, di kawasan atas dan sekitar kening dan urut perlahan.
Sakit sendi dan lebam: Sapukan Balm Habbatussauda' pada bahagian yang sakit dan urut perlahan-lahan. Tuam tempat tadi dengan sehelai kain yang panas suam.
Terseliuh: Sapukan Balm Habbatussauda' pada sendi yang sakit, bengkukkan dan luruskan beberapa kali kawasan otot yang terseliuh. Jika kawasan yang terseliuh adalah sendi utama badan, bungkus menggunakan kain kasa selepas menyapu balm.
Tonsil dan kahak berlebihan: Sapukan Balm Habbatussauda' sekitar leher. Minum air suam dengan kerap.
Sakit kepala: Sapukan Balm Habbatussauda' pada dahi dan pelipis. Hidu balm sedikit.
Kesukaran bernafas: Sapukan Balm Habbatussauda' di dalam sebiji cawan, letakkan sedikit air panas, kacau dan hidu wapnya.
Sakit gigi: Ambil putik kapas, sapukan Balm Barakah dan letakkan pada gigi yang sakit. Sapukan sedikit pada bahagian pipi yang sakit.
Sakit telinga: Sapukan Balm Habbatussauda' di sekitar telinga (bahagian luar). Letakkan Balm Habbatussauda' di bahagian tengah putik kapas dan sapukan pada rongga telinga yang sakit.
Sakit bahagian dalam badan: Untuk sakit perut dan dada, sapukan Balm Habbatussauda' di bahagian yang sakit
Untuk kegunaan luaran sahaja.
Mengandungi: Minyak Kulit Kayu Manis, Minyak Cengkih, Minyak Habbatussauda', Minyak Serai Wangi, Minyak Kayu Putih dan Mentol.


JIKA BERMINAT JGN LUPA HUBUNGI SAYA..
HARGA TIDAK TERMASUK POS..

No comments:

Post a Comment